Wed. Dec 4th, 2019

Host your Website

Read and learn

FatCow Web Hosting $1.00/mo* Trust your web hosting to the #1 web host provider, GoDaddy!

Diskaun Khas 50% Kepada OKU Bagi Pendaftaran Baharu Nama Domain.MY

1 min read



MYNIC menawarkan diskaun khas 50% kepada golongan OKU untuk pendaftaran baharu nama domain.MY bermula 1 Januari 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo dalam kenyataan media berkata, golongan berkenaan hanya perlu membayar RM60 bagi pendaftaran berbanding RM120 sebelum ini.

Menurut beliau, diskaun khas bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam revolusi digital global dan era revolusi industri 4.0.

Ia sekaligus bukti komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, khususnya masyarakat yang memerlukan bantuan.

Diskaun berkenaan menggalakkan golongan OKU menggunakan internet bagi meningkatkan aktiviti dalam talian, supaya mereka mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi digital.

Dengan menggunakan domain.MY pelanggan dapat melakukan pencarian laman web dengan mudah dan pantas serta keselamatan turut terjamin.

Maklumat lanjut mengenai diskaun berkenaan boleh dilayari menerusi portal www.mynic.my atau talian mesra pelanggan 1-300-88-7277 bermula Khamis ini.

#MYNIC
#OKU
#JabatanPenerangan⠀
#SayangiMalaysiaku⠀
#MalaysiaBersih⠀
#KemakmuranBersama⠀
#SharedProsperity⠀
#Makmur2030⠀
#KitaMalaysia⠀
#Malaysia

Sumber: Berita Nasional RTM Rasmi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.